Pages

Friday 12 April 2013

Eksperimen :Masamnya Buah Limau,Asid ke???


Science is Fun!!! Sains Menyeronokkan...Yaa betol!!...Kenapa murid kita jemu belajar Sains..tanya diri dan tengok kaedah yang kita gunakan dalam proses P & P...Bila saya hadir kursus -kursus dan baca penulisan pakar-pakar guru Sains...Apa yang penting,Sains dan eksperimen jangan kita pisahkan...Memang diakui,eksperimen akan mengambil masa yang lama tapi dengan eksperimenlah murid kita akan lebih seronok dan yang pasti topik yang kita ajar pada hari tu mereka akan ingat dalam tempoh yang lama....saya dah cuba..TERBUKTI BERKESAN!


Contoh tajuk : Asid dan Alkali...Tahun pertama mengajar,saya tak cuba untuk melakukan eksperimen berkenaan tajuk ni bersama murid...Hasilnya,murid saya lambat membezakan antara bahan berasid dan bahan beralkali...Asyik bertukar-tukar :( Tahun kedua : Saya mengubah kaedah pengajaran...Saya  cuba untk melakukan eksperimen bersama murid..Alhamdulillah berjaya!!..Saya minta murid-murid saya membawa sendiri semua bahan yang  diperlukan seperti : Kicap,asam jawa,detergen (sabun pencuci),syampu,pencuci tangan,serbuk penaik,buah nenas dan buah limau kasturi...


Masing-masing "excited" dengan bahan masing- masing yang perlu dibawa....Sebenarnya saya sengaja menguji komitmen murid,adakah mereka sendiri bersedia untuk melakukan eksperimen..Itulah sebabnya saya yang meminta mereka membawa bahan-bahan sendiri...Ohhh alangkah terkejut ..pada hari yang dijanjikan masing-masing BERJAYA dengan ujian pertama...Masing-masing dengan bahan-bahan sendiri...Eksperimen ini dilakukan pada waktu kelas tambahan iaitu pada hujung minggu...Taklah comot nanti baju budak- budak nih:)



Eksperimen bermula dan berakhir dengan jayanya..So,terbuktilah detergen itu ialah bahan beralkali...dan buah limau kasturi ialah bahan berasid...Apabila kertas litmus bertukar warna..masing-masing teruja:) Habis kertas litmus cikgu pakat-pakat torai..Tapi tak mengapa,Cikgu gembira kamu berani mencuba murid-muridku...Akhir sekali cikgu pulang dengan sebuah senyuman manis..BERJAYA!


Kerjasama di dalam kumpulan





Kusyuk tengok perubahan kertas litmus













 Jumpa Lagi :P




4 Jom Kongsi: