Pages

Monday, 22 April 2013

Resepi Pizza Ekspress Ayam dan Cendawan....





Pengalaman pertama membuat Pizza sendiri..Yeayyy..saya berjaya..rasa puas hati sangat..tak delah susah sangat buat pizza sebenar-benarnya...Ikut resepi ni In shaa Allah mesti menjadi...Resepi nih saya mintak dengan kawan dan ada yang diubah sedikit oleh saya :)...Hasilnya roti pizzanya gebu dan enak sekali...

Resepi pizza ayam cendawan ini semua bahan disukat guna cawan je..Jadi sonanglah..sape yang tak de penimbang tak perlu pergi cari penimbang :) Okies..tanpa panjang lebar saya "share" resepinya kat sini..

Resepi pizza  ni bolehlah untuk 4 orang makan :)

Bahan untuk doh :
1. 2 cawan tepung gandum
2. Air + 1 sudu susu tepung + 1 sudu gula + 1/2 peket yis kering + sedikit garam = 1 cawan tapi jangan sampai terlalu penuh (Pastikan jangan lebih 1 cawan ) Biarkan 10 minit yis bercampur dengan air susu tadi..
Tips: Jika nampak berbuih-buih,maka yis itu aktiflah :)
3. 1 sudu marjerin


Saya gunakan Yis Mauri-pan

Campuran susu,yis,gula dan garam

Cara-cara membuatnya:

1. Gaul gandum dengan campuran air susu dan yis di atas.
2. Uli doh bersama marjerin.
3. Uli sehingga doh tak melekat di jari dan nampak macam kenyal serta lembut gitu :)Teknik menguli macam-macam teknik boleh guna...nak tumbuk-tumbuk dengan tangan pon boleh..ahaksss!!..
4. Bulatkan dan tutup dengan "cling wrap"..rehatkan doh dalam 30-45 minit...
5. Sementara menunggu doh "direhatkan" bolehlah kita mulakan proses untuk menyediakan "topping" 
( bahan untuk "topping" boleh ikut citarasa sendiri...)

Doh untuk direhatkan..


Untuk membuat topping :

1. Panaskan oven pada suhu 180 C.Sediakan acuan atau pan pizza
2. Keluarkan doh dan canaikan dalam acuan. Cucukkan permukaan doh dengan garfu.
3. Bakarkan doh tadi dalam 10 minit pada suhu 180 C.Kemudian keluarkan dari oven.
4. Ratakan sos cili dan sos tomoto..
5. Akhir sekali letakkan bahan yang ingin anda letak..ikut citarasa sendiri..saya letak cendawan,ayam,mayonis dan akhir sekali saya taburkan cheese di atas topping :)
6. Bakarlah dalam masa 20 minit pada suhu 180 C...Maka siaplah !:)


Bahan-bahan untuk "topping"



Isi ayam yang diletakkan atas pizza


Bahan untuk "topping" yang telah diletakkan di atas pizza



Pizza yang dah siap dibakar !!Kasi meriah "topping"nyer

Sunday, 21 April 2013

Resepi Kari Daging Versi Ala Mamak .....




Kari daging ala mamak menu kegemaran suami tercinta...Beliau memang peminat kari...Nak kata keturunan mamak tu memang tak ..:)So,hari ni menu tengahari kami kari daging ala mamak,pucuk paku goreng belacan,ikan goreng dan sambal belacan....Simple aje,makan berdua katakan :) Opss kari daging mesti ada sambal belacan baru "Ummmphhh"....hehehe



Menu untuk 2 orang makan :P


Kari daging dan pasangannya Sambal Belacan
Ginilah,dipendekkan ceritanya saya terus kongsikan resepi Kari Daging Ala Mamak ...

Bahan-bahan :

Daging 500 gram
2 biji bawang besar (dimayang halus)
Bawang putih 3 ulas (tumbuk)
Halia 2 inci (tumbuk)
Daun kari 3 helai
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Bunga cengkih
Serbuk cili (1 sudu besar,campur dengan serbuk kari)
Serbuk kari sepeket dibancuh dengan air  (saya guna Serbuk kari Babas barulah mamak..;D)
Air
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:

1. Daging diperap bersama bawang putih,halia dan bancuhan serbuk kari.
2. Tumiskan bunga lawang,kulit kayu manis,bunga cengkih..Dah naik bau,tumiskan bersama bawang besar dan daun kari.
3. Masukkan daging yang diperap bersama bancuhan serbuk kari dan dibiarkan sehingga naik minyak..
4. Masukkan air dan akhir sekali kentang. Kecilkan api dan renehkan sehingga daging empuk
5. Resepi ini saya tak letakkan santan (itu sebabnya dipanggil versi ala mamak)

Ok,inilah Kari Daging Ala Mamak @ Versi T&B House..Ohh sungguh selera digandingkan bersama Sambal Belacan..Fuhhh!!!...








Saturday, 20 April 2013

Resepi Pucuk Paku Goreng Belacan...



Pucuk Paku Goreng Belacan...

Paku pakis merupakan salah satu sayuran yang amat diminati oleh masyarakat Malaysia.Pelbagai cara masakan boleh dilakukan untuk memenuhi selera masakan keluarga kita..Kali ini saya nak kongsikan resepi pucuk paku goreng belacan...Saya bertuah kerana pucuk paku senang didapati di tamu (pasar) Betong,Sarawak nih..Pendek kata setiap gerai menjual pucuk paku...

Pastikan anda memilih pucuk paku yang segar..Macam mana nak tahu pucuk paku yang segar???Mula-mula tengok daun...pastu cuba patahkan..heheheh...Kalau lendut tu konpem tak segar :)

Segarkan pucuk paku ini...

Bahan-bahan yang perlu ada :
  • Seikat pucuk paku
  • 6 biji cili padi (tumbuk)
  • Segenggam ikan bilis (tumbuk manja-manja aje)
  • Bawang merah 5 ulas (tumbuk)
  • Bawang putih 3 ulas (tumbuk)
  • Belacan 1 inci (tumbuk)
  • 2 sudu besar minyak untuk menumis
  • Garam dan gula
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang serta belacan.
  2. Lepas tumisan naik bau,masukkan cili padi dan seterusnya masukkan pucuk paku.
  3. Kacau sebati,perasakan..maka siaplah!:)

TIPS dari saya : Pastikan anda jangan menggoreng pucuk paku goreng belacan ini terlalu lama...Kalau terlalu "Overcook" nanti tak sedap...


Menu tengahari ini :Pucuk Paku goreng belacan




Walaweh..Sambal Hitam @ Sambal dara !! :)

Sambal Hitam @ Sambal Dara?????.....
Saya mula "jatuh cinta" dengan Sambal hitam atau Sambal dara selepas sepupu yang bekerja di Kuala Lipis Pahang dengan baik hati memberikan sambal ini untuk dicuba... Pertama kali cuba,memang menepati selera..pedas dan mengancam! Kredit buat sepupuku Ajik dan isterinya Ila !:P

Sambal Hitam ini memang tahan lama...berbulan-bulan tahan...Boleh simpan stok untuk bersahur pada bulan Ramadhan..Memang nak buat sambal hitam ini leceh dan mencuri banyak masa kita di dapur,tapi hasilnya berbaloi-baloi..

Haa...jenis saya kalau mencuba masakan dan masakan itu kena dengan selera, tanpa segan silu mesti saya mintak resepi...Nak tambah ilmu di dada..Cewahhh!!:) Saya dah cuba resepi sambal hitam ini..dan hasilnya amat saya berpuas hati...So, saya nak share buat teman teman saya semua resepinya...In shaa Allah, bila saya berkongsi mudah-mudahan makin lama makin banyak resepi-resepi menu lain saya akan tahu :) Jika ada rakan-rakan nak kongsi tips atau petua dalam masakan amatlah saya hargai.." Lain hulu lain parangnya..lain orang lain resepinya "..Tak gitu..

So, tanpa membuang masa saya akan tuliskan bahan-bahan yang diperlukan dalam resepi Sambal Hitam...

Bahan-bahannya :
  • Belimbing buluh
  • Cli api
  • Bawang merah
  • Ikan bilis
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit kicap (Guna cap kipas udang )
Belimbing buluh..
Sumber gambar : Pama.Karangkraf

Cara-cara untuk membuat sambal hitam ini pula macam ini ...Ok,ikut "step by step" yea :)..Jangan ingkar arahan ok...
  1. Rebus belimbing buluh dengan sedikit air selama 4-5 jam (guna api kecil je)...Fuhh memang lama...tapi memang itulah syaratnya...pesan saya JANGAN guna periuk yang anda sayang kerana air belimbing tu mempunyai kandungan asid yang terlalu kuat dan boleh menghakis periuk anda..
  2. Semasa merebus buluh,bolehlah tumbuk bawang merah,cili api dan ikan bilis..
  3. Pastikan cili api dan bawang merah tadi ditumbuk dengan lumat,manakala ikan bilis  tumbuk manja-manja je..Jangan terlalu lumat.
  4. Okies,ada kawan-kawan pernah tanya saya boleh ke "blend je"...Boleh tu memang boleh tapi kurang sodaklah...kalau rasa nak "blend" je,cili dan bawang oklah tapi ikan bilis sebaik-baiknya tumbuk ye :)
  5. Belimbing dah siap direbus,maka tumbuklah sama dengan bahan-bahan tadi...
  6. Dah selesai ditumbuk semua bahan-bahan tadi,gorenglah semua bahan tadi dalam minyak yang panas..(pastikan minyak jangan terlalu banyak )
  7. Masukkan sedikit kicap,garam dan gula...Perasakan :)
  8. Sesi menggoreng memang mengambil masa yang lama...dalam 2 jam gitu..agak-agak dah bertukar hitam dan kering angkatlah dari sambal hitam tadi dalam kuali.
Inilah hasil Sambal Hitam saya...


Taraa..Sambal Hitam @ Sambal dara saya


Friday, 19 April 2013

Cucur Ikan Bilis Rangup...

Assalamualaikum dan Selamat Malam :)

Kekadang menu yang kita masak "simple" tapi yang "simple" itulah membuatkan kita berselera untuk menikmati makanan kan : P...Tak semestinya perlu bergulai sakan setiap hari ..Ini pendapat saya seadanya:)
Okies...malam ni saya nak "share" tips nak menghasilkan Cucur Ikan bilis yang rangup di luar tapi gebu dan ringan di dalam....Banyak kali saya cuba dan terus mencuba...Resepi yang saya buat ini memang menjadi..dan yang paling penting,dalam masakan jangan takut mencuba...Betul tak? 

Tipsnya : Jangan lupa masukkan 1 sudu teh Yis ke dalam adunan tepung..Saya gunakan Yis mauri-pan..Satu lagi "make sure" jangan guna air sejuk dalam peti ais dan jangan simpan adunan tadi dalam peti sejuk..kalo tak,adunan tadi tak akan mengembanglah...Kan Yis tak aktif pada suhu yang terlalu sejuk dan terlalu panas (Tajuk Mikroorganisma Sains Tahun 5 nih)...Sedang2 aje suhu airnya :) Pastu biarkan adunan tadi dibiar 1 jam sebelum digoreng..Konpem menjadi !!:)



Kredit to : dillaila for the picture :)


Ok,kalau sesiapa nak gantikan ikan bilis dengan udang pun lagi "best"..Jika digantikan dengan udang, jangan lupa  masukkan air rebusan udang ke dalam adunan baru "Ummph" rasanya :)


Resepi Cucur Ikan Bilis Rangup ( untuk 7 orang makan)

Bahan-bahan

1. Tepung gandum (3 cawan )-
2. Air (secukupnya )
3. Ikan bilis
4. Lada besar
5. Bawang besar (potong nipis-nipis)
6. Ubi kentang (potong dadu kecil-kecil)
7. Daun sup & daun bawang (penaik rasa)
8. Garam gula secukup rasa
9. Yis (1 sudu teh)

Cara-cara :

1. Gaul semua bahan (termasuk yis)...
2. Biarkan adunan tepung tadi selama 1 jam
3. Goreng di dalam minyak yang betul-betul panas

Taraa..Inilah hasilnya..Cucur ikan bilis rangup untk "dinner" pada malam ini..Sempoi je :)








Siyess rangup di luar  dan  sangat sedap!!

Selamat mencuba...