Pucuk Paku Goreng Belacan...
Paku pakis merupakan salah satu sayuran yang amat diminati oleh masyarakat Malaysia.Pelbagai cara masakan boleh dilakukan untuk memenuhi selera masakan keluarga kita..Kali ini saya nak kongsikan resepi pucuk paku goreng belacan...Saya bertuah kerana pucuk paku senang didapati di tamu (pasar) Betong,Sarawak nih..Pendek kata setiap gerai menjual pucuk paku...
Pastikan anda memilih pucuk paku yang segar..Macam mana nak tahu pucuk paku yang segar???Mula-mula tengok daun...pastu cuba patahkan..heheheh...Kalau lendut tu konpem tak segar :)
Segarkan pucuk paku ini... |
- Seikat pucuk paku
- 6 biji cili padi (tumbuk)
- Segenggam ikan bilis (tumbuk manja-manja aje)
- Bawang merah 5 ulas (tumbuk)
- Bawang putih 3 ulas (tumbuk)
- Belacan 1 inci (tumbuk)
- 2 sudu besar minyak untuk menumis
- Garam dan gula
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang serta belacan.
- Lepas tumisan naik bau,masukkan cili padi dan seterusnya masukkan pucuk paku.
- Kacau sebati,perasakan..maka siaplah!:)
TIPS dari saya : Pastikan anda jangan menggoreng pucuk paku goreng belacan ini terlalu lama...Kalau terlalu "Overcook" nanti tak sedap...
Menu tengahari ini :Pucuk Paku goreng belacan |
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBila nak masukkan ikan bilis? Leoas tumis bwg dan belacan ke
ReplyDelete