Pages

Monday, 8 April 2013

5 Petua Mengajar Anak Membaca


Nama Blog ni Guru...tapi tak pernah cerita pasal pendidikan.
Artikel pertama pasal Cikgu dan Kanak-kanak riang.


                 ANAK LAMBAT MEMBACA? 5 TEKNIK HEBAT UNTUK IBUBAPA

Anak lemah dalam pembacaan?
Ajar berulang kali, 5 minit lupa?
Tak fokus semasa pembelajaran?
Asyik main jer, bila nak pandai?

Keluhan ibu bapa berkenaan anak-anak yang gagal menguasai abjad pada umur 4 tahun. Kalau dilihat pada beberapa dekad yang lalu anak-anak yang biasa dapat menguasai abjad pada umur 7 dan 8 tahun. Namun kini 4 tahun pun dah menjerit maknya jika anak masih belum mengenal abjad. Mulalah resah tak tentu pasal sampai beli bermacam alat bantu mengajar yang baik namun kurang berkesan sebab tak pandai nak guna. Lepas tu hantar anak kat tadika mahal-mahal agar cikgu boleh tolong ajar, semua itu melibatkan WANG. Apa jalan penyelesaiannya, di sini saya nak kongsi teknik HEBAT kepada anda semua bagaimana nak ajar anak membaca seawal 4 tahun. Sangat hebat sehingga anda pun rasa nak jadi cikgu kat sekolah tu.

1.                              Mulakan dengan abjad kecil
Kalau nak ajar anak, jangan terus perkataan atau sukukata. ‘blank’ terus otak budak tu sebab mereka perlu diajar secara berperingkat. Satu lagi abjad kecil selalu digunakan dalam pembacaan dan cara penulisan pun lebih mudah. Sebagai contoh ajar ‘a’ dulu sebelum ‘A’. Anak anda perlu menguasai peringkat bentuk mudah sebelum bentuk yang lebih susah. Cuba anda baca suratkhabar, banyak huruf kecilkan. Bila asyik ulang tengok bentuk yang sama ini akan menajamkan dan mengekalkan ingatan anak anda.

2.       Mulakan dengan hurul vokal dahulu. Sebab huruf vokal mempunyai bunyi yang lebih menarik dan boleh dibuat secara kreatif. Ada banyak cara sebenarnya cuma yang paling popular nyanyikan huruf vokal tu. Mak pun kena ‘sporting’, nyanyi sama-sama dan kalau boleh biar jiran sebelah rumah dengar sambil nyanyi sama. Gabungan huruf konsonan juga lebih mudah jika dah menguasai huruf vokal. Bentuk huruf vokal juga lebih mudah dari sudut visual anak anda, jadi lepas mereka mengenal huruf itu, terus ajar mereka tulis.

3.       Gunakan huruf berwarna. Budak kecil asyik tengok hitam putih pun jemu juga. Mereka sukakan sesuatu yang menarik dan boleh dibezakan. Huruf berwarna akan merangsang pemikiran mereka supaya lebih tajam dan mudah mengigati sesuatu. Bezakan setiap huruf yang diajar dengan warna yang berlainan. Contohnya ‘a’ warna merah, ‘e’ warna biru dan ‘o’ warna kuning. Teknik ini amat berkesan kerana anak merasa seronok untuk melihat perkara yang berwarna-warni. Bahan grafik yang berwarna akan menarik minat anak. Cuba anda beli aiskrim yang ada warna hitam putih dan warna pelanggi. Yang mana satu pilihan anak anda. Pelikkan? Tapi itulah realiti seorang budak kecil. 

4.       Ulang bacaan. Banyakkan ulangan bila mula membaca, ini kerana anak kecil sukar untuk mengigatkan sesuatu yang baru dengan cepat, malah mereka juga cepat lupa. Jadi ulangan amat penting untuk memberi kesan yang lebih baik kepada ingatan kanak-kanak. Masalah utama, ibubapa adalah sikap mudah berputus asa dan jemu untuk mengajar anak. Jadi jika nak anak pandai, teruskan berusaha sampai dah berbuih mulut asyik ulang benda yang sama.

5.       Gunakan kaedah nyanyian. Dalam internet banyak lagu yang berkaitan ejaan dan bacaan. Anda muat turun dan nyanyi bersama anak-anak. Apa nak dimalukan jika hanya menyanyi dalam rumah. Zaman kita dulu lagu ‘GABAN’ dalam bahasa Jepun pun boleh ingat, begitu juga anak kita boleh hafal ayat UPIN DAN IPIN  “betul betul betul”. Ini kerana daya tarikan dalam nyanyian akan menarik minat anak kecil. Malahan kalau ramai budak yang tidak kenal huruf lagi boleh menyanyi lagu yang mereka minat melalui kaedah hafalan. Jadikan senjata anda untuk menarik minat mereka.

Itu sahaja serba sedikit petua untuk para ibubapa mengetahui teknik HEBAT mengajar anak kecil membaca. Biarpun Nampak mudah namun sering tidak diendahkan oleh masyarakat dan menyebabkan anak kecil terus ‘stress’ bila sesi belajar. Jadikan pembelajaran tersebut seronok dan cuba menarik minat mereka agar meminati bidang bacaan. Sedikit perkongsian info. 

0 Jom Kongsi:

Post a Comment