Pages

Wednesday, 10 April 2013

Fuhhh Berasap!!! Resepi Sambal Mangga Muda Nenda...

Fuhhh!!!Memang berasap... Resepi Sambal mangga muda,resepi nenda saya...Kalau ada sambal mangga muda nih,konpem bertambah-tambah nasi..Ok,saya share resepi sambal mangga muda di bawah..Yang penting,resepinya mudah sahaja..




Bahan-bahan:
  • Ikan kembung bakar
  • Mangga muda
  • Cili api (saya suka pedas,jadi taruk banyak-banyak)
  • Garam jangan luper
Cara- cara :
  1. Ikan kembung dibakar dan diambil isinya
  2. Tumbuk garam bersama cili api dan mangga muda
  3. Tumbuk manja- manja isi ikan bersama cili api dan mangga tadi...
  4. Gaul sebati,dan perasakan secukup rasa:)

Siap!:P

Inilah hasilnya sambal mangga muda...Selamat mencuba ya


Jom makan



Petua: Kalau boleh gunakan pauh ringan atau orang panggil mangga telur. Alaaaa...mangga yang kecil-kecil selalu jumpa kat kampung tu. Masam tapi kena dengan selera saya. Kalo nak guna mangga biasa pun sedap.

Dialah Semangatku!




Melancong ke Bukit Tinggi,Indonesia..Mac 2013


Dialah Suamiku,Dialah Penyuntik Semangatku dan Dialah Pembimbingku....Seorang pendidik TAPI minat BERBISNES!:)Happy Belated Birthday Suamiku yang ke-32 pada 4 hb 4 yang lalu...Ohhh makin berusia dah yea...Didoakan Allah memberkati usia dan memudahkan segala urusan ye..Hampir 7 tahun usia perkahwinan kita,namun kita masih berdua...Takdir Allah mengatasi segala-galanya...Rahsia Allah,perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan...Namun kita sebagai hamba JANGAN sesekali berputus asa!Ingat,Allah tak suka akan hambaNya yang mengeluh di atas UjianNya...

Ujian itu indah jika disulami kesabaran dan keredhaan dari hambaNya...


Alhamdulillah,saat menunaikan umrah pada bulan Jun 2012

Moga jodoh kita kekal hingga ke Syurga Allah..Amin




Tuesday, 9 April 2013

Chef Cilik....

Teringat memori akhir tahun lepas...Program Chef Cilik untuk mengisi masa lepas UPSR...Cikgu minat masak,jadi murid-murid pun turut jadi chef..konon-kononya nak tiru rancangan program TV Masterchef lah nih....Mesyuarat punya mesyuarat,saya yang jadi "mastermind yang tak bertauliah":)Okie..Inilah Medan Chef kami..Agak-agak selera tak nih juri-juri nak torai masakan budak-budak Sebemban nih?hahahaha..Nasib baik bukan saya jurinya...

Medan Chef 


Macam-macam idea menu murid-murid saya..."Cikgu Wan,kami nak masak kari".."Cikgu Wan,kami nak masak ayam masak kicap"...Jadi kami yang masterchef tetapkan setiap kumpulan perlu masak 2 menu..1 menu wajib ialah donut dan satu lagi menu berlauk...Yang menu berlauk,terpulang atas idea dan kreativiti masing-masing...Murid dilatih berbincang bagi mendapatkan jawapan..Takkan cikgu je nak suap..Buncit budak nanti:) Bahan-bahan masakan pihak sekolah yang sediakan.

Bahan-bahan Donut

Bawang,minyak,kicap semua ada

1,2,3..Mula...Masing-masing mula sibuk memasak.Ada yang menguli tepung,ada yang menggoreng ayam dan ada yang tukang potong bawang...Masing-masing tunjuk taringlah:)


Masing-masing tunjuk bakat

Uli dengan penuh kasih sayang




Berakhirnya tempoh 2 jam,maka masa dah tamat..Ohhh,terkejut kami para guru,murid-murid kami dapat menghasilkan donut yang cukup cantik!Ayam masak kicap pun cantik dihias!Masa untuk juri-juri mencuba masakan budak-budak Sebemban nih...Jeng-jeng
Ayam kicap Sulaman Kasih




Donut gebusss



Dunkin Donut Bemban Bay

Kami para guru berpuas hati dengan program yang diadakan julung-julung kalinya ini....Murid pun turut puas,dapat menghabiskan semua masakan hasil titik peluh mereka sendiri..Buat rakan-rakan guru lain,program ini boleh difikirkan dalam rancangan tahunan sekolah anda...Pasti seronok tengok hasil masakan murid kita...Cuberlah :P










Monday, 8 April 2013

Permainan Dalam Pembelajaran 1

Assalamualaikum...

Perihal kanak-kanak yang suka bermain ketika belajar memang memeningkan kepala para ibu.

Ada penyelesaiankah?
Sudah tentu jika ibunya sendiri turut bermain.

Abis, kalau ibu pun main macam mana nak belajar?
Mainlah permainan dalam pembelajaran.

Contoh Permainan:

Anak anda suka main tampal-tampal tak?
1- Kalau suka cuba buat huruf secara 'outline', kemudian 'print'. Saiz biar besar sikit sekurang-kurangnya 80.

2- Beli kertas warna dan ajak dia siat kertas tu kecil-kecil. Budak mana yang tak minat siat kertaskan.

3- Ambil gam dan tampalkan kertas yang disiat tu dalam kawasan huruf 'outlie'.

4. Bagi syarat kat dia supaya tidak melebihi garisan huruf.

5. Buat sampai siap...ibubapa perlu ada kat situ membantu menyiapkan tugasan. Kalau tak cabutlah dia.

Permainan ni sesuai untuk umur berapa....1  tahun pun boleh asal dia faham arahan. Jadi mulakan pengajaran anak anda seawal mungkin. Cepat dia kenal, lepas mudah pada sesi akan datang.

Sedikit perkongsian mudah daripada saya...kalau nak teknik 'advance' tu kena cari sendirilah. Tanya guru pakar kanak-kanak pula. Saya hanya berkongsi serba sedikit panduan bermain sambil belajar, lain hari kita kongsi lagi.

Sekian....wai wai wai.

5 Petua Mengajar Anak Membaca


Nama Blog ni Guru...tapi tak pernah cerita pasal pendidikan.
Artikel pertama pasal Cikgu dan Kanak-kanak riang.


                 ANAK LAMBAT MEMBACA? 5 TEKNIK HEBAT UNTUK IBUBAPA

Anak lemah dalam pembacaan?
Ajar berulang kali, 5 minit lupa?
Tak fokus semasa pembelajaran?
Asyik main jer, bila nak pandai?

Keluhan ibu bapa berkenaan anak-anak yang gagal menguasai abjad pada umur 4 tahun. Kalau dilihat pada beberapa dekad yang lalu anak-anak yang biasa dapat menguasai abjad pada umur 7 dan 8 tahun. Namun kini 4 tahun pun dah menjerit maknya jika anak masih belum mengenal abjad. Mulalah resah tak tentu pasal sampai beli bermacam alat bantu mengajar yang baik namun kurang berkesan sebab tak pandai nak guna. Lepas tu hantar anak kat tadika mahal-mahal agar cikgu boleh tolong ajar, semua itu melibatkan WANG. Apa jalan penyelesaiannya, di sini saya nak kongsi teknik HEBAT kepada anda semua bagaimana nak ajar anak membaca seawal 4 tahun. Sangat hebat sehingga anda pun rasa nak jadi cikgu kat sekolah tu.

1.                              Mulakan dengan abjad kecil
Kalau nak ajar anak, jangan terus perkataan atau sukukata. ‘blank’ terus otak budak tu sebab mereka perlu diajar secara berperingkat. Satu lagi abjad kecil selalu digunakan dalam pembacaan dan cara penulisan pun lebih mudah. Sebagai contoh ajar ‘a’ dulu sebelum ‘A’. Anak anda perlu menguasai peringkat bentuk mudah sebelum bentuk yang lebih susah. Cuba anda baca suratkhabar, banyak huruf kecilkan. Bila asyik ulang tengok bentuk yang sama ini akan menajamkan dan mengekalkan ingatan anak anda.

2.       Mulakan dengan hurul vokal dahulu. Sebab huruf vokal mempunyai bunyi yang lebih menarik dan boleh dibuat secara kreatif. Ada banyak cara sebenarnya cuma yang paling popular nyanyikan huruf vokal tu. Mak pun kena ‘sporting’, nyanyi sama-sama dan kalau boleh biar jiran sebelah rumah dengar sambil nyanyi sama. Gabungan huruf konsonan juga lebih mudah jika dah menguasai huruf vokal. Bentuk huruf vokal juga lebih mudah dari sudut visual anak anda, jadi lepas mereka mengenal huruf itu, terus ajar mereka tulis.

3.       Gunakan huruf berwarna. Budak kecil asyik tengok hitam putih pun jemu juga. Mereka sukakan sesuatu yang menarik dan boleh dibezakan. Huruf berwarna akan merangsang pemikiran mereka supaya lebih tajam dan mudah mengigati sesuatu. Bezakan setiap huruf yang diajar dengan warna yang berlainan. Contohnya ‘a’ warna merah, ‘e’ warna biru dan ‘o’ warna kuning. Teknik ini amat berkesan kerana anak merasa seronok untuk melihat perkara yang berwarna-warni. Bahan grafik yang berwarna akan menarik minat anak. Cuba anda beli aiskrim yang ada warna hitam putih dan warna pelanggi. Yang mana satu pilihan anak anda. Pelikkan? Tapi itulah realiti seorang budak kecil. 

4.       Ulang bacaan. Banyakkan ulangan bila mula membaca, ini kerana anak kecil sukar untuk mengigatkan sesuatu yang baru dengan cepat, malah mereka juga cepat lupa. Jadi ulangan amat penting untuk memberi kesan yang lebih baik kepada ingatan kanak-kanak. Masalah utama, ibubapa adalah sikap mudah berputus asa dan jemu untuk mengajar anak. Jadi jika nak anak pandai, teruskan berusaha sampai dah berbuih mulut asyik ulang benda yang sama.

5.       Gunakan kaedah nyanyian. Dalam internet banyak lagu yang berkaitan ejaan dan bacaan. Anda muat turun dan nyanyi bersama anak-anak. Apa nak dimalukan jika hanya menyanyi dalam rumah. Zaman kita dulu lagu ‘GABAN’ dalam bahasa Jepun pun boleh ingat, begitu juga anak kita boleh hafal ayat UPIN DAN IPIN  “betul betul betul”. Ini kerana daya tarikan dalam nyanyian akan menarik minat anak kecil. Malahan kalau ramai budak yang tidak kenal huruf lagi boleh menyanyi lagu yang mereka minat melalui kaedah hafalan. Jadikan senjata anda untuk menarik minat mereka.

Itu sahaja serba sedikit petua untuk para ibubapa mengetahui teknik HEBAT mengajar anak kecil membaca. Biarpun Nampak mudah namun sering tidak diendahkan oleh masyarakat dan menyebabkan anak kecil terus ‘stress’ bila sesi belajar. Jadikan pembelajaran tersebut seronok dan cuba menarik minat mereka agar meminati bidang bacaan. Sedikit perkongsian info.